Wanita Matang

Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi.
Wanita matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya.
Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. Sesungguhnya kebahagiaan itu setelah kesusahan.
NUR, Mac 10

Wednesday, March 3, 2010

Usah kerana terpaksa...

Apa yang kita rasakan setiap kali kita mendustai diri?
bercakap, berbuat sesuatu tapu bukan dengan kerelaan hati!
tidakkah kita merasakan sesuatu yang berat kala kita melakukannya?
Tapi mengapa kita harus akur dengan keadaan itu? Kepada siapa untuk kita tunjukkan kebaikan diri walhal di hati penuh keterpaksaan?

Cuba bayangkan, bezanya perasaan jika semua itu dilakukan dengan rela hati. MUlut yang berkata-kata, tangan dan kaki yang bergerak selari dengan niat di hati!, apa yang anda rasai? Lapang, tenang, lega, gembira, bahagia, ringan, mudahdan telus?
Ya.... itulah beza jika sesuatu itu dilakukan bukan kerana terpaksa.

kata-kata yang ku petik dari NUR, ini sangat2 tepat...

No comments:

Post a Comment