Wanita Matang

Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi.
Wanita matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya.
Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. Sesungguhnya kebahagiaan itu setelah kesusahan.
NUR, Mac 10

Thursday, March 4, 2010

10 Petua UMAMAH BT HARITH

Adat rumahtangga pasti tidak lekang daripada dugaan dan pancaroba yang mungkin menggugat kedamaian dan kesejahteraan.
di sini saya ingin kongsikan 10 pesanan Umamah kepada anak gadisnya, yang boleh di jadikan pedoman.

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

3. Benarkan segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akn bersikap lembut terhadapmu.

4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.

5. Sentiasa memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

6. Simpan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makannya dan waktu istirehat kerana apabila perut lapar akan membuat emogi terganggu. Begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

8. Andainya suamimu sedang bergembira, janganlah pula kamu menunjukkan kesedihan, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaandan bijak mengikut suasana hatinya.

9. Hendaklah kamu sentiasa menghiasi dirimu supaya suamimu nanti berasa tenang menatap wajahmu.

10. Jadilah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.


Selain itu, suami isteri harus punya sikap hormat-menghormati, bantu membantu, toleransi, saling memahami dan memaafkan dalam membentuk keluarga bahagia.
Disamping itu, jangan lupa berdoa kepada Nya, supaya rumahtangga aman dan bahagia sentiasa.

Pesanan saya untuk diri sendiri - perkahwinan menuntut kesabaran, pengorbanan, keikhlasan dan kejujuran. Bersikap jujur lah pada pasangan walaupun adakalanya kejujuran itu menyakitkan.

No comments:

Post a Comment