Cincin perkahwinan melekat di jari manis. Itu buktinya anda telah menjadi milik orang. Secara sah, sekiranya seorang gadis, anda telah bergelar isteri. Anak teruna sudah bergelar suami.
Maka dengan cincin pengikat kasih, dan jari-jemari masih dimerahi inai, anda memasuki alam rumah tangga. Selamat datang ke dunia yang penuh dugaan dan cabaran!!.
Cabaran pertama ialah membebaskan diri dari ikatan keluarga. Ingatlah, anda telah mempunyai hidup sendiri, berdikari. Jangan terlalu bergantung lagi pada emak atau abah.
Semasa gadis dulu, sikit-sikit mengadu pada emak, kini sudah kawin, kalo ada masalah rujuklah pada suami. Sakit perut, terseliuh, tak perlu mengadu pada orang tua, abang kan ada!
Tapi mengadu-mengadu nie bukan isteri saja, suami pun ada yg kaki mengadu. Isteri berdengkur kuat, mengadu pada mak. Isteri tak potong kuku, mengadu pada mak. Kopi yang isteri buat kurang pekat, jemput-jemput yang isteri goreng lembik, telur mata kerbau jadi lempeng, semua diadukan pada mak.
kalau macam tu keadaannya, buangkan cincin perkahwinan tu, tinggalkan isteri dan baliklah tido bawah ketiak mak, lelaki seperti ini sukar tuk dijadikan pasangan hidup.
Selalulah ingat, sebaik sahaja akad nikah disempurnakan, pasangan baru itu sudah berdikari. Hiduplah secara sendiri, pandang kehadapan dan mulakan perjuangan membina zuriat.
rujuk pada orang tua hanya perkara-perkara besar. Kalo tak ada perselisihan yang teruk, atau ombak tsunami melanda, barulah merujuk pada orang tua.
Perangai masa bercinta dulu lain, kini setelah tidur sebantal barulah terdedah perkara sebenar. Musim bercinta kebanyakannya fantasi, sudah berkahwin baru realiti.
Maka belajarlah untuk memahami perangai sebenar pasangan anda. Setiap hari anda pasti akan mempelajari kerenah dan perangai negatif yang tak pernah diserlahkan ketika memadu janji di taman bunga dulu. Setiap hari ada saja perkara yang membengkakkan perasaan.
Anda sudah jadi suami isteri, apa-apa yang buruk dan yang kurang manis itu hendaklah diterima. jangan anda ingat perangai dia sahaja yang tak betul, dia pun merasa perangai anda tidak betul.
Kebahagiaan rumah tangga ialah apabila suami isteri dapat menerima dan memahami perubahan-perubahan itu. Sekiranya ada persefahaman, ketiak yang hangit pun akan berbau wangi.
Cincin perkahwinan masih dijari manis. Inai masih merah di tangan. Perkahwinan baru bermula. Belajarlah untuk memahami, dan terus mencintai orang sebelah anda. Hangit atau tidak, peluklah dia hingga akhir hayat.
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment